Tuesday, October 5, 2010

Final Task Fof Basic Acting (Anak Kerbau Mati Emak)



Salam 1 malaysia...hahhaa...entry aku kali ni nak cite pasal final exam yang bakal menjelang x lama lagi....salah satu tugas yang kene wat adelah mende alah ni..."dialog"...mende ni lebih kurang cam drama sebabak la...kene lakonkan depan lecturer dan ade la penontonnye...markah agak tinggi,40%...same macam exam spastik yang aku wat dulu...exam spastik?? mesti korang tertanye-tanye kan..binatang apekah itu??hahaha...exam spastik = kene jadi orang cacat dan berdialog la ko sorang2 sepanjang bangunan kolej kediaman sambil disimbah air,sos,kicap,sup,telur,kaya,sirap,air paip & x lupa juga sambil dicaci maki...hahaha,..utk task kali ni aku ngan nony-dak kelas aku kene lakonkan teater "anak kerbau mati emak" karya Malina Manja...

Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Aku : Kenapa kau menangis? Kau ingat dengan kau menangis begini, budak tu boleh balik kemari? Biar dia berambus. Tak guna menyimpan orang yang tak tahu menjaga maruah orang tuanya.

Nony : Dia anak saya, bang. Saya ni emaknya. Saya masih ada hati. Masih ada perasaan. Sejahat-jahat pun dia masih tetap anak saya juga.

Aku : Kalau anak, tak kan begini caranya dia membalas budi. Kalau dah begini jauh dia bertindak, memalukan orang tuanya, dia bukan anak aku lagi.

Nony
: Kalau abang tak pukul dia petang semalam, tak kan dia jadi begini. Ini semua salah abang juga. Anak dah besar dipukul-pukul.

Aku : Kau ni sememangnya dah buta mata hati.

Nony : Awak tu lah yang buta mata hati. Dah hilang semua perasaan.

Aku : Kau jangan cuba nak menyalahkan aku, Jumi. Kau yang selalu mempertahankan dia. Padan jugalah dia berani membantah cakap orang tua. Memijak kepala aku. Itu kau tak sedar? Tak mahu faham? Aku bapaknya, bukannya tunggul. Bukan kerbau yang cuma tau menurut kata. Aku memang tak menyasal menghentam dia.

Nony
: Sepatutnya awak nasihatkan dia. Bukan pukul dia. Dia tau malu. Memang perangai orang jantan begitu. Lekas naik darah. Sekarang padan dengan muka awak tu.

Aku : Heh, Jumi. Aku dah kata tadi. Jangan cuba menyalah-nyalahkan aku. Nanti aku carutkan kau baru tau. Kau bukan tak tahu. Budak perangai macam tu tak makan nasihat. Penampar aja yang sesuai mengajar dia. Kau jangan banyak cakap lagi, Jumi. Nanti kau pulak aku hentam, Aku tengah panas ni. Panas tau!

Nony
: Wah, awak marahkan anak, saya pulak awak babitkan. Nak hentam. Awak ingat saya kahwin dengan awak ni mintak dihentam-hentam begitu? Tak suka cakap tak suka. Saya boleh bawa diri saya.

(Malina manja-Anak kerbau mati emak)


Ha,cam tu la gamaknye skrip yang kene aku lakonkan ngan nony...hopefully,kami dapat do the best utk mende nie n dapat markah yang tinggi melangit dari lecturer ku tersayang, Pn Aminah Rhapor.amin~~

5 comments: